The Government of Brunei Darussalam


Kayu-Kayu Balak Komersil Brunei Darussalam

Sekurang-kurangnya ada terdapat 48 jenis kayu balak atau kumpulan-kumpulan spesis di negara ini yang diketahui nilai komersilnya. Ia dikelaskan menurut kebiasaan yang diperolehi dari kebanyakan negara-negara Asia Tenggara ini. Hanya satu spesis dari jenis kayu lembut, tolong atau bindang (Agathis borneensis) yang ada dan ia diperolehi di aras ketinggian yang lebih tinggi dan juga di teres-teres pasir di tanah rendah paya gambut. Ia dipandang tinggi sebagai kayu yang mempunyai hiasan dan ukiran yang begitu menarik, terutamanya apabila digunakan sebagai panel kayu dan penyudahan dalaman.

Kayu-kayu keras, sebaliknya, dikategorikan kepada tiga kumpulan, berdasarkan kepada densiti, kekuatan dan ketahanan kayu. Kumpulan pertama terdiri dari kayu-kayu keras berat, yang mempunyai densiti kayu dari pengeringan-udara melebihi 880 kg semeter padu, dan ia memang sangat bertahan lama. Contoh-contohnya ialah selangan batu (spesis shorea yang berat) dan resak (spesis cotylelobium), yang mana digunakan untuk tujuan asas pembinaan struktur. Sirap-sirap belian (Potoxylon zwageri) telah pun menjadi tradisi digunakan bagi membuat bumbung rumah, dan tidak hairan untuk kayu ini bertahan lama hingga 50 atau 60 tahun.

Kategori ke-dua mengandungi kayu-kayu keras sederhana berat, dengan densiti 650-880 kg semeter padu, kukuh tapi tidak dapat bertahan begitu lama secara semula jadinya. Ini termasuklah kapur (spesis-spesis Dryobalanops), keruing (spesis-spesis Dipterocarpus) dan kempas (Kompassia malaccensis). Bagi tempat-tempat di mana kerosakan kayu adalah tidak menjadi masalah, balak-balak jenis ini boleh digunakan sebagai bahan struktur. Jika tidak, ketahanannya boleh dipanjangkan dengan nyata sekali menggunakan rawatan pengawetan.

Kayu-kayu keras ringan mengandungi tiga kumpulan. Densiti-densitinya adalah kurang dari 650 kg semeter padu, dan digunakan bagi pelbagai tujuan. Di antara spesis-spesis dalam kumpulan ini adalah meranti merah (spesis-spesis Shorea), nyatoh (spesis-spesis sapotaceae), ramin (spesis-spesis Gonystylus), medang (spesis Lauraceae) dan banyak lagi.

   
 


||
Khazanah Unik | Hutan Kita | Pengagihan | Balak Komersil | Hasil Tradisional Dari Hutan | Habitat Yang Dilindungi | Flora dan Fauna Liar ||

||
Negara | Tahun-Tahun Awal | Hutan | Industri Perhutanan | Perhutanan Masa Hadapan | Asas Perundangan | Perkembangan | Pelan Strategik | Rancangan | Ulasan | Polisi Pembangunan | Kelebihan | Maklumbalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenali Brunei | Berita On-line | Hubungan | Halaman Yang Berkaitan ||